Friday 16 August 2013

Mesir

Stop it, please.

Hati ini resah, sedih, kecewa, marah. Mesir. Ya, saudara kita disana.
Dari mana mereka ini dapat kekuatan yang sebegitu rupa ya Allah. Cemburu. Sungguh aku cemburu melihat mereka dipilih oleh Allah untuk syahid di jalanNya.




Tidakkah kamu cemburu melihat mereka. Hati ini hendak membantu tetapi apa kan daya tidak mampu. Doa? Tak cukup. Sungguh aku rasa tidak cukup. Tapi, itu je yang mampu dilakukan. Malu.

Berombak lagi hati ini apabila melihat video seorang saudara pemberita kita ditembak oleh penembak hendap dari atas bangunan di sana. Pengecut. Mereka yang memakai seragam hitam dan memegang senjata besar gedabak itu melepaskan tembakan kepada seorang wanita yang hanya memegang sebuah kamera kecil. KECIL! Dasar pengecut! click here

Mana hati perut mereka ya Allah.

Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawasanya saya ini baik atau mulia sebab mengambil tahu hal-hal semasa. ini. Tidak. Tidak sama sekali.
Nak bagitahu semua, tolong ambil tahu. Tolong lah. Saudara kita tu. Derita mereka, derita kita juga. Tangisan mereka, tangisan kita jua.

"Anda tidak perlu menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia"

Kepada yang nak tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk link ni. Bacalah. Hanya sekadar perkongsian, dan jikalau ada yang salah, betulkanlah ye.

Tak dilupakan juga saudara kita yang lain. Syria, Palestine dan sebagainya. Kirimkanlah pada mereka walau hanya secebis doa. Tak mudharat diri pun.

#prayforMesir

Wassalam.

No comments:

Post a Comment