Friday 24 April 2015

Sudut Pandang

The other side.

Harini kita cerita pasal menjadi seorang peniaga. Ada satu hari tu, Allah buka peluang untuk aku jadi seorang peniaga, tak hebat mana pun, tak mewah pun, kadang dipandang remeh sesetengah orang, kerja pasar malam je buat part time.

Selalunya, aku je yang membeli kat pasar malam. Pusing-pusing cari lauk tengok kedai tu tengok kedai ni. Sebelum ni tak pernah pulak terfikir atau terasa apa-apa bila tengok pak cik makcik abang kakak adik meniaga. Tapi harini, alhamdulillah Allah buka sudut pandang baru untuk aku bila duduk di kerusi seorang peniaga.

Mungkin remehh, tak penting pun dan sebagainya but you know what peeps, sitting from this side of the world, gives me something to ponder upon. Everytime pelanggan lalu kat depan, dalam hati ni dok berdoa-doa sepanjang pelanggan lalu tu 'Singgah la' 'Singgah la'. Tapi, hari tak senantiasa cerah kan, hampa.

Oh silau!
Dulu pernah tolong mak meniaga depan rumah, mee kari dengan air kelapa, tapi dulu lain, dengan mak. Kali ni sorang takde sape nak tolong. Nak ditambah pulak kemanisan pengalaman berniaga di pasar malam, Allah turunkan hujan, lebat pulak tu sekali dengan angin. Mak cik kat belakang booth aku tu terus tutup. Aku kata 'La, tutup dah ka mak cik'. Mak cik tu kata 'Tutup la adik oi, kalau hari hujan macam ni, selalunya tak banyak pelanggan dah, tapi takpala nak buat macam mana'. Dia akhiri kalam dia dengan senyuman kalau seingat aku.

Macam macam dugaan jadi peniaga pasar malam ni, detik hati kecil aku, kadang-kadang tak habis makanan di jual, berpanas, berhujan, beribut dan sebagainya tapi tetap datang setiap hari nak buka kedai cari duit selagi ada kudrat. Ada sepasang suami isteri kat depan aku buka kedai goreng goreng, tua dah, sangat tua. Tapi sweet je tengok merpati dua sejoli tu buat kerja sama-sama, barang kali tak mahu menyusahkan anak-anak sebab tu usaha sendiri. Insaf.

Sehari je kerja, tapi ibrah yang aku dapat masyaallah, harap orang lain mampu dapat peluang yang sama macam aku, mungkin boleh jadi lembut sikit hati tu supaya tak mengungkit-ungkit, complain, tak bersyukur dengan apa yang ada. Susah sikit tu tak apalah, jangan dok whiny sangat, Allah nak uji pasal dia sayang okay? :)

Anyway, it was a good experience. It opens my eyes, my heart and teach me to be grateful in life.

May Allah help and guide us to the right path.

Salam.